Quantcast
Channel: Klinik Ummi
Viewing all 52 articles
Browse latest View live

Selamat Berjuang Atiqah!

$
0
0
Assalamualaikum.

8 Januari 2017 - Bermula kehidupan baru buat anak bongsu Ummi, Atiqah Maisarah. Awal-awal pagi lagi Atiqah dah mula bersiap untuk pendaftaran ke Sekolah Berasrama Penuh, SMAASZA yang bakal mencorak masa depannya kelak.

Sungguh pemilihan sekolah yang dibuat oleh Atiqah kali ini agak mengejutkan Ummi. Atiqah tolak tawaran ke Imtiaz Kemaman dan memilih Smaasza! Walhal dia boleh berteman dengan kakaknya, Aisyah Farihah di Imtiaz Kemaman dan prasarana di Imtiaz juga jauh lebih selesa. Ummi sekeluarga pasrah dengan keputusan akhir Atiqah, hasil petunjuk dari istikharahnya. InsyaAllah tidak menyesal keputusan yang dibuat hasil petunjuk dari Allah SWT. Ada keberkatannya di situ, InsyaAllah.

Dengan wajah penuh ceria, Atiqah menyarung kasut barunya untuk ke sekolah. Tudung dan baju kurung hijau, kain dan kasut hitam - itulah pakaian seragam Smaasza.

Bergambar sebelum memulakan perjalanan. Kali ini kakaknya, Amirah Zahidah berpeluang menemani adiknya mendaftar di asrama kerana sedang bercuti menunggu keputusan peperiksaan SPM.
Atiqah ditempatkan di Tingkatan 1 Abu Bakar. Pendaftaran di adakan mengikut kelas.

Selesai penyerahan borang pendaftaran, Atiqah beratur untuk pendaftaran kelab.

Sekali lagi kami terkejut dengan pilihan Atiqah. Kelab Pencegahan Jenayah telah menjadi pilihan utamanya. Waduh! Jiwa kental sungguh anak bongsu ummi ni.

Seterusnya menunggu giliran untuk pendaftaran rumah sukan.

Ketawa Abi dengar rekomen anak-anak Smaasza rumah sukan mana yang terbaik...

Akhirnya Rumah Sukan Kuning menjadi pilihan Atiqah! Memang Atiqah suka warna kuningpun..hehe..

Seriusnya Ummi Abi menyemak carta pendaftaran, bimbang tertinggal mana-mana kaunter.

Apa lagilah masalahnya tu...hihi..

Dah complete semua kaunter, bergambar dululah sekali dengan Atiqah di meja tukang jahit yang belum tiba. Atiqah pegang kain batik untuk dijahit baju kurung bagi penggunaan outing.

Keluar dari kaunter tukang jahit, terserempak pula dengan sahabiah Papisma, Dr Ji! MasyaAllah...sukanya hati bila tahu anak Dr Ji pun sekelas dengan Atiqah. Tak sangka masing-masing anak dapat berteman di sini. Indahnya aturan Allah.

Jam 11 pagi - aturcara majlis di dewan besar bermula.

Tuan Pengetua menyampaikan ucapan. Antara yang diperkatakan, motto Smaasza adalah melahirkan ulama' dan umara'. Allahu...patutlah di sini lahirnya ramai pemimpin dan ulamak yang hebat. Antaranya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Almarhum Tuan Guru Ustaz Harun Taib. Mudah-mudahan Atiqah juga dapat dicorakkan menjadi mujahidah cemerlang dan terbilang, InsyaAllah.

Selesai majlis di dewan, berkejar kami ke kantin asrama untuk pendaftaran asrama. Bukan apa nak cepat tu. Nak book katil bawah untuk Atiqah. Alhamdulillah dapat juga Atiqah booking katil bawah di bilik 2B.

Tupperware besar untuk storage turut diberikan kepada semua pelajar. Baguslah Smaasza ni. Bila storage dah diberikan, tak perlulah lagi pelajar beli lain. Tempat penyimpanan barangpun dapat diseragamkan. Cantik jer tersusun di atas almari masing-masing.
Haa tu dia! Dah siap Atiqah pasang cadar...semangat you...hihi...


Almaripun besar ni. Alhamdulillah. Jauh lebih besardari almari zaman Ummi tinggal di asrama dulu. Tunggu Abi dan kakak bawa naik beg pakaian pulak ni, baru boleh kemas almari.

Tu dia! Nampak macam sekelip mata jer dah siap susun barang. Apa taknya. Ramai pembantu. Bertungkus lumus Ummi dan kakak membantu Atiqah menyusun barang-barang dalam almari. Tak susah mana dahpun. Atiqah dah siap lipat baju cantik-cantik dari rumah lagi. Abi turut membantu menulis nama pada peralatan harian Atiqah. Siap ubat gigipun bernama...hehe.

Inilah rupa dorm Atiqah. Katil tersusun memanjang. Bilik 1B & 2B digabungkan. Lantaipun siap bertile. Lupa pulak nak bilang berapa katil ada dalam dorm ni.

Siap berkemas, sesi mengenal ruang-ruang penting untuk kehidupan harian pulak. Haha...sesi ni Ummi Abi sendiri create. Jumpa bilik menggosok bersebelahan bilik Atiqah tadi. Senanglah Atiqah nak iron baju. Ada 4 iron dan ironboard disediakan di sini.

Bersebelahan bilik iron pulak adalah bilik membasuh pakaian. Haa tu dia! membasuh sendirilah anak bongsu Ummi. Atiqahpun dah biasa berdikari di rumah. InsyaAllah tak susah lagi.

Masa untuk lunch! Cantik dewan makan Smaasza ni. Atappun berwarna warni, nampak ceria. Makanpun mesti selera ni :-D

Atiqah dah siap makan! Senyum meleret dia timba pengalaman pertama makan dalam tray di sekolah asrama..hehe.

Inilah asrama puteri blok B di mana Atiqah ditempatkan. Dengar cerita, blok B ni menempatkan semua pelajar yang bukan dalam tahun peperiksaan iaitu form 1, form 2 dan form 4. Anak-anak Form 3 dan Form 5 ditempatkan di blok A. Kecik jer nampak Atiqah dan kakak di beranda tu...hehe.

Selesai makan tadi Ummi Abi bawa Atiqah balik ke rumah sebentar untuk solat zohor dan Asar di rumah sambil mengambil beberapa barang yang tertinggal. Ambik peluang memanfaatkan jarak rumah yang dekat dengan sekolah..hehe. Ini gambar dalam kereta semasa dalam perjalanan nak menghantar Atiqah semula ke sekolah selepas Asar. Hmmm...dalam keretapun boleh baca. Hebat anak sorang ni. Alhamdulillah.

Inilah dia pintu pagar utama Smaasza. Sebelum sampai pintu ni, kami masuk ikut pintu tepi jalan besar. Tengok-tengok, terkunci rapat. Suspen dah kitaorang. Tengok jam belum pukul 6pm pun lagi. Nasiblah ada anak-anak yang sedang bermain bola di situ. Terus diaorang kasitau pintu masuk yang sebenar. Alahai...patutlah terkunci yang sebelah jalan besar. Bukan pintu utama rupanya.

Demikianlah kisah perjalanan Atiqah menuju cita-cita. Kakak tanya Ummi, agaknya apalah perasaan Ummi terpisah dengan anak-anak seorang demi seorang. Ummi senyum jer. Agaknya apa perasaan Ummi ya? Mestilah sedih kan? Tapi demi kelangsungan cita-cita dan masa depan anak-anak, pengorbanan perasaan itu perlu. Apalah sangat yang Ummi boleh berikan pada anak-anak di rumah. Ilmu perlu dicari dan dituntut.

Belajar sungguh-sungguh ya Atiqah. Be the best among the best. Fight for tamayyuz class. InsyaAllah Ummi yakin Atiqah boleh!

Ummi tahu salah satu perkara yang membuatkan Atiqah tawar hati untuk ke Imtiaz adalah kerana permohonan pertama Atiqah ditolak sedangkan di Smaasza sejak dari interview lagi cikgu di sana nampak begitu bersemangat nak menerima Atiqah. Dengan keputusan cemerlang Atiqah 6A UPSR cikgu di Smaasza yang interview Atiqah nampak begitu teruja sedangkan di Imtiaz, Atiqah dikecewakan dalam saringan pertama walaupun telah menjawab dengan baik dan lancar menghafaz dalam ujian hafazan. Terngiang-ngiang lagi kata-kata Atiqah pada Ummi sewaktu Ummi cuba menguji keyakinan Atiqah memilih Smaasza sebagai sekolah pilihan Atiqah. "Atiqah tak nak merendahkan potensi diri Atiqah sampai terpaksa merayu untuk masuk ke Imtiaz." Allahu...tegas dan nekad sungguh keputusan Atiqah. Mudah-mudahan jatidiri Atiqah ini akan membawa kebaikan selamanya.

"Ummi jangan risau. InsyaAllah Atiqah akan cemerlang di Smaasza. Atiqah nak naikkan nama Smaasza." Allahu...sekali lagi Ummi terpana.

Atiqah oh Atiqah. Sungguh jiwamu begitu kental. Semoga Allah terus mengurniakanmu hati yang terang, jiwa yang lapang, ingatan yang kuat, kefahaman yang jitu serta ketabahan dan semangat yang tinggi untuk terus berjuang di bumi SMAASZA. Kurniakanlah buatnya ilmu yang bermanfaat ya Allah. Kami berlindung kepadaMu daripada hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan. Allahumma Amiin.

Day 3 Atiqah Di Smaasza

$
0
0
Assalamualaikum.

10 Jan 2017 - Jam 4.45 ptg, Ummi terima panggilan dari Atiqah yang menggunakan telefon awam yang tersedia di asrama. Inilah kali pertama Atiqah telefon sejak mendaftar. Angkat jer telefon, dah dengar suara Atiqah sebak. Allahu...

"Ummi, Atiqah rindu Ummi.."

Sedihnya Ummi dengar suara Atiqah. "Jangan gitu Atiqah. Atiqah kan kuat."

Dalam masa 10 minit menelefon, tahulah Ummi yang Atiqah cukup homesick selepas ditinggalkan hari tu. Jadual orientasi yang sangat pack menyebabkan masing-masing terkejar-kejar waktu. Pernah Atiqah tak sempat makan malam kerana bersiap mandi dulu sebelum ke dewan makan. Siap-siap dah sampai masa untuk berkumpul di surau. Akibatnya, Atiqah diserang gastrik. Kawan-kawan yang rapat pula ramai yang homesick. Bertambahlah lagi kesedihan di hatinya.

Selesai bercakap dengan Atiqah di telefon, Ummi ambil keputusan untuk ziarah Atiqah di sekolah sambil menghantar ubat gastrik. Atiqah tak mintak Ummi datangpun sebab lusa dah boleh balik katanya. Namun hati seorang ibu, macam-macam yang difikirkan. Dibuatnya melarat sakit Atiqah nanti? Dahlah esok ada ujian untuk penentuan kelas. Ada tak ada, Ummi pecut ambik Abi di klinik dan terus menuju ke Smaasza. Biarlah bukan waktu melawatpun. Harap pihak sekolah mengizinkan.

Tengok Atiqah tu...sampai jer Ummi Abi di asrama, terus teresak-esak menangis. Sedihnya...Allahu. Sabarlah anakku. Inilah ujiannya untuk jadi manusia berilmu. InsyaAllah masa yang berlalu akan beransur-ansur menghilangkan kesedihan itu. Lambat laun Atiqah pasti akan terbiasa dengan kehidupan di asrama.

Bertubi-tubi Ummi, Abi dan kakak memberikan motivasi pada Atiqah. Akhirnya nampak Atiqah mula tenang...Alhamdulillah. Cara-cara makan ubat gastrik di depan tupun dah diterangkan pada Atiqah.

Yakin! Haa...macam tulah anak Ummi :-D Atiqah perlu berjiwa besar untuk menjadi insan yang hebat!

Lega sikit nampak Atiqah dah mula ceria bersama kawan baiknya, Wahidah.

Berjalanlah menuju kejayaan wahai anakku. Ummi percaya segala halangan dan rintangan yang bakal dilalui akan mematangkan Atiqah dan seterusnya menjadikan Atiqah seorang insan yang berjiwa besar.

Percayalah....Atiqah pasti akan jadi insan yang hebat di sini! Ummi, Abi, Along, Angah, Kakak, Kak Aisyah...semuanya melalui cabaran yang sama sebelum berjaya. Yang penting, hadapinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

If you feel that you're very down, just close your eyes and say "This is my journey. He puts me here. It's His plan. So I have just to carry on and trust Him."

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya..." (Al Baqarah :286)

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah Allah menguji kita kerana Dia sangat kasih kepada kita. Sekarang Atiqah diuji dengan kesedihan kerana berpisah dengan keluarga, namun yakinlah di sebalik kesedihan itu pasti akan ada kegembiraan.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya : "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" (Al-Baqarah :214)

Lantaran itu, bersyukur dan berbahagialah wahai anakku kerana ujian kesedihan sementara yang Allah kurniakan ini adalah sesungguhnya hadiah daripada Allah untuk nanti Atiqah benar-benar mengecapi nikmat kegembiraan apabila tiba saatnya...

Inilah Perjalanan Hidup Kita...

$
0
0
Assalamualaikum.

Sambil scroll FB, terjumpa pulak motivasi bergambar kucing yang comel-comel ni. Allahu..

Biarlah Ummi abadikannya di sini pula untuk tatapan anak-anak Ummi dan pembaca blog yang dikasihi. Amat benar sekali ungkapan-ungkapan motivasi dalam gambar ini. Inilah perjalanan hidup kita...
























Buat anak Ummi Atiqah yang baru memulakan kehidupan mandiri di asrama, mudah-mudahan motivasi ini dapat menyumbang sedikit kekuatan dan semangat dalam diri Atiqah. Begitu juga buat anak-anak Ummi yang jauh dari mata Ummi tapi sentiasa dekat di hati...

Berjalanlah dengan penuh harapan,
walau hidup ini tidak selalu membahagiakan.

Sedekahkanlah satu senyuman,
walau jiwamu tidak lagi mampu bertahan.

Belajarlah memaafkan,
walau hatimu sering dilukakan.

Berhentilah memberi alasan,
walau ingin menyatakan kebenaran.

Hiduplah dalam iman,
walau hari dipenuhi dugaan.

Dan berpeganglah pada Allah,
walau Dia tidak kelihatan.

Atiqah Balik Kampung!

$
0
0
Assalamualaikum.

12 Jan 2017 - Alhamdulillah, hari ni Atiqah balik kampung setelah seminggu berorientasi! Ceria habis suara Atiqah bila telefon Ummi tanya nak datang ambik pukul berapa tadi. Ummi, Abi dan kakakpun bersemangat nak ambik Atiqah...hehe.

Sampai di asrama, kakak ditegur oleh sorang pelajar di sana. "Eh, Kak Amirah ke ni?" Rupanya kawan Aisyah, Izzah yang tegur kakak. Ex SRIP Tahfiz. Ingat lagi Izzah pada Kak Amirah ya.

Haa tu dia...bawak balik beg macam dah tak nak datang balik ke asrama dah...hihi.

Atiqah bersama Wahidah dan sorang lagi kawannya. Lupa pulak Ummi nama kawan Atiqah sorang lagi ni. Atiqah dah dapat buku teks. Patutlah banyak yang di bawa balik. Nak sampul buku di rumah rupanya.
Happynya dapat naik Serena semula. Siap tayang buku balik kampung dia...haha.

Balik ambik Atiqah, singgah klinik dulu untuk tugasan sesi petang di klinik. Tak jumpa rumah lagilah ni. Time tak der patient, sempat lagi kakak ajak main doktor-doktor...hihi. Saja nak posing. InsyaAllah semoga tercapai cita-cita kakak untuk jadi doktor nanti. Boleh ganti tugas Ummi di Klinik Ummi pulak, InsyaAllah.

Habis sesi klinik, Abi menghala ke Restoran Terowong Corner, nak ajak Atiqah makan-makan dulu. Tutup pulak lagi restoran ni.

Akhirnya Restoran Biku-Biku menjadi pilihan. Jamu dengan lamb chop dulu hari pertama balik kampung. Lepas ni kita makan airtangan Ummilah pulak ya :-D
14 Jan 2017 - Khamis sampai Sabtu Atiqah di rumah. Tiba hari Sabtu dah datang pulak sedihnya sebab nak balik ke asrama semula. Alahai Atiqah. Tak habis-habis lagi homesick dia. Malam tadi dah baca artikel pasal nak mengatasi homesick. Bagus nasihat yang diberikan dalam blog hanacorner ni. Atiqah kena ingat nasihat dan panduan yang diberikan di situ, okay.

"Ummi, Ummi tulislah sesuatu kat frame ni. Nanti tiap-tiap pagi Atiqah nak baca. Biar hilang sikit rindu Atiqah." Hmmm...macam-macamlah Atiqah ni ya. Haa tu dia. Penuh frame Ummi tulis...hihi.

Kannn...dah moyok muka budak nak balik asrama ni..hihi. Atiqah oh Atiqah...

First thing yang Ummi request sesampainya kami di asrama, ambik gambar contoh baju PBSM Smaasza. Bukan apa. Nak tunjuk kat tukang jahit design baju ni. Kat kedai tak derlah pulak dijual baju pbsm design labuh gini. Ada tak ada, kena tempah jugak. Simple jer rupanya baju dia. Tak der poket bagai. Yg penting labuh sampai bawah lutut, berkolar dan bercuff serta belah tepi. Butang tu boleh aja pakai butang hitam besar atau butang balut kain putih.

Ni jadual balik kampung dan outing Atiqah. Terbaliklah pulak. Camana entah nak betulkan keterbalikan ni..hihi. Alhamdulillah Sabtu nanti Atiqah boleh outing pulak. Horey...nanti Ummi ambik Atiqah bawa balik rumah masa outing tu ya. Jangan homesick lagi...

Sambungannya...

Haaa cam tulah baru Ummi happy. Anak Ummi kena ceria-ceria selalu...

Yang pasti, paling ceria adalah kakaknya! Haha...apa taknya, cuti panjang di rumah habis SPM :-D
Begitulah al kisahnya Atiqah...

Malamnya kakak hantar satu tulisan dari somebody (Tak tercatat dari siapa) ke grup whatsapp family. Betul sangat nukilan tu. Ummi kongsikan di sini ya.

Being scolded by lecturers. Dying for high pointers. Hungry at the end of the semester. Endless night with books and notes.

At some points, you cried for a moment.

"I'm tired.""I can't do this anymore." But, know that there's two person patiently waiting for you at home. Praying for you. Hoping that someday you gonna make them proud.

That's it mate, this pain, this tears, this hardworks. It's gonna worth it.

Their smiles and their happiness, it's gonna worth it. It's priceless :')

They are not giving up on you. Then, don't give up on yourself. Slap yourself, shout to your heart. You gonna make it!




















Atiqah Dapat Kelas Tamayyuz!

$
0
0
15 Jan 2017 - Jam 1.46 petang, Ummi terima panggilan dari Atiqah. Ayat pertama Atiqah, "Ummi, Atiqah dah tahu Atiqah kelas mana."...dengan suara penuh ceria. Terus Atiqah memaklumkan yang Atiqah ditempatkan di kelas pertama. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Ini bermakna Atiqah berjaya menduduki kelas tamayyuz hasil ujian dan peperiksaan yang diadakan pada minggu lepas. Di Smaasza, hanya pelajar-pelajar terpilih untuk kelas pertama yang akan diterima mengikuti hafazan al Qur'an. AllahuAkbar! Atiqah dah tunaikan janjinya untuk fight for tamayyuz class di Smaasza. Tahniah Atiqah! Ummi, Abi, abang-abang dan kakak-kakak bangga dengan Atiqah.

 


Semoga dirimu terus cemerlang di dunia dan di akhirat
Atiqah belajar betul-betul di sana ya. Hafaz sungguh-sungguh. Besar sangat ganjaran orang yang hafaz qur'an ni.

Ganjaran di dunia
  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
Mabruk Atiqah! Ummi sentiasa doakan semoga Allah lapangkan hati anak-anak Ummi dalam menuntut ilmu, kuatkan ingatan anak-anak Ummi dalam menghafaz ayat-ayatNya dan jadikan anak-anak Ummi orang yang faqeh dalam agama. Aamiin ya Rabbal'alamin.

Qurban 2016

$
0
0
Assalamualaikum.

12 Sept 2016 - Walaupun dah lama ianya berlalu, Ummi postkan juga gambar-gambar Hari Raya Qurban 2016 di sini untuk kenangan.

Alhamdulillah setiap tahun, raya qurban akan diraikan di kediaman Ummi dan sembelihan qurban seekor lembu dibuat pada pagi Hari Raya Pertama seawal selepas selesai solat raya. Kali ini peserta bahagian qurban diambil oleh Ki, Ummi, Abi, Ayah Chik, Che De, Mak Teh dan Dr Amir Faisal.

Meriahnya tak terkira. Sememangnya saat-saat qurban ini sangat dinanti-nantikan oleh kesemua ahli keluarga. Masa nilah juga sanak-saudara dapat berkumpul.

Beria abang Amir dan Angah Anas melapah daging...

Abang Ikram nampak tengah bersedia nak mengerjakan bahagian perut tu..

Fadhlu bersama Hadi khusyuk melapah daging sambil diperhatikan Qisti...

Nipun jiran juga..

Part potong tulang ni memang memerlukan tenaga yang lebih.

Kepala lembu!

Sempat lagi Abi baca whatsapp...hoho...

Mengutip bahagian tulang yang telah dipotong sebelum dibahagi-bahagikan.

Bahagian kepala dah siap dilapah kulit.

Fresh meat! Sedapnya nak masak ni..

Haa tu dia! Siapa yang nak kerjakan perut ni...

Masing-masing dah hampir siap melapah dagingdari tulang

Ni bahagian apa pulak ya?

Kuat kerja betul menantu Mak Teh ni...bertuahlahhhh Mak Teh :-D
Demikianlah serba sedikit ulasan bergambar di sekitar Hari Raya Qurban 2016. Esok ni Ummi, Abi dan anak-anak dah nak bertolak ke Padang, Indonesia pulak. Hihi...sempat lagi mencelah untuk makan angin bersama anak-anak di hari raya. Bukan apa, susah sangat nak cari masa dapat berkumpul semua dengan anak-anak. Kebetulan Along dapat cuti seminggu raya ni, apa lagi...inilah masanya.

Mudah-mudahan di tahun 2017 ni kita semua masih berkesempatan untuk mengerjakan qurban lagi. Dan mudah-mudahan juga qurban kita diterima di sisi Allah SWT, InsyaAllah.



Lawatan Ke Padang-Bukit Tinggi Indonesia!

$
0
0
Assalamualaikum.

Raya Qurban Ke-2 (13 September 2016) - Alhamdulillah Ummi sekeluarga diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bercuti bersama keluarga di Padang-Bukit Tinggi, Indonesia.

Tarikh ini dipilih kerana kebetulan masa ni semua ahli keluarga sedang bercuti. Lepas ni dah payah dah nak kumpul sekali. Hujung tahun Angah Anas dah balik Mesir. Tak apalah kakak belum SPM pun. Sedang elok juga kakak baru habis trial SPM, kita enjoy sekejap ya. Tenang-tenangkan fikiran...hehe.

Awal pagi kami bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke KLIA2. Sesampainya kami di airport, kami ke bank dulu untuk tukar duit. Risau pulak kot sampai di Indon nanti susah nak tukar duit.

Masing-masing excited tengok duit juta-juta setelah ditukarkan dari RM ke Rupiah...hehe.
Inilah kadar nilaian wang pertukaran pada hari itu.
Sebanyak RM2000 ditukarkan ke wang rupiah. Dapatlah pegang sejumlah 5,970,149.25 rupiah. Haa banyak tu! Haha...
Kat mana-mana jerpun boleh lepak sementara tunggu penerbangan...hehe..
Jauh sangat sebenarnya kena berjalan nak sampai ke terminal C
Penerbangan ke Padang, Indonesia pula adalah pada jam 1.25pm, mengambil masa selama 1 jam. Sampai di sana jam 1.30pm (Indonesia). Macam waktu tak bergerak jer...hehe. Beza masa di Indon lewat 1 jam dari Malaysia. Padanlah macam waktu tak berubah.

Dah nampak bumi Indon.
Sesampainya kami di Lapangan Terbang Minangkabau, kami disambut oleh Mr Eno dari Syarikat Pelancongan Saffira. Alhamdulillah dapat tour guide yang peramah sangat. Kami dibawa menaiki coaster pelancong yang memuatkan kami bertujuh bersama Mr Eno dan seorang pemandu.

Kelihatan di depan sekali adalah pemandu dan Mr Eno. Abi dan Angah di barisan kedua.
Atiqah bersama Ummi di barisan ketiga
Manakala paling belakang 3 beradik - Along, kakak dan Aisyah.
Kami terus dibawa menghala ke Bukit Tinggi dan singgah di sebuah restoran untuk makan tengahari. Terkejut sakan juga kami di restoran ni kerana dihidangkan dengan nasi bersama lauk-pauk yang pelbagai secara berjujuk. Begini rupanya Nasi Padang yang sebenar. Camana entah nak habiskan kesemuanya. Tapi dibuatnya perut tengah berkeroncong, hampir habis juga lauk pauk tu kami bedal...haha.




Nampak lauk-pauk yang berjujuk tu?
Hehe..tersengih Angah duk fikir camana nak perabih ni.
Nah ambik...2 botol air sepuluh ribu rupiah...hehe...RM3.35 jerpun :-D Air ni Along beli asing sebab dahaga sangat. Nak air sejuk katanya. Dalam hidangan kami hanya dibekalkan air botol mineral sahaja.

Cara cuci tanganpun cara traditional...hihi..main celup dalam mangkuk.
Selesai makan, terus kami solat jamak dan qasar di surau yang disediakan di belakang kedai. Selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi dengan melalui Kampung Anai.

Tukar kedudukan pulak...hehe...
Kenderaan kami kemudiannya berhenti sebentar di Lembah Anai. Nampak ramai pengunjung tengah singgah kat sini.


MasyaAllah. Pemandangan di air terjun ni tersangatlah indahnya.

Macam gambar poskad kan?
Kot tak caya..haa ni. Atiqah posing depan air terjun.
Gilirin Angah pulak.
Puas menikmati panorama di sini, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. Jalanraya utama di sini persis jalanraya di kampung-kampung sahaja. Kenderaanpun terpaksa jalan secara perlahan kerana peluang untuk memotong kenderaan lain sangat tipis kerana jalannya yang kecil dan sibuk. Kata Mr Eno, nak sampai ke Bukit Tinggi ambik masa 6 jam tak silap Ummi. Jarak dari satu destinasi ke satu destinasi diukur dengan berapa jam perjalanan, bukan diukur dalam kilometer. Namun begitu perjalanan terasa sangat menyeronokkan kerana kami dijamu dengan pemandangan di sekililing yang sangat indah dan cantik. Tak puas mata memandang.

Nah! Cantik sangat kan? Macam gambar poskad jugak yang inipun...
Dalam perjalanan itu juga, sempat kami singgah shopping di Butik Putri Minang. Awalnya shopping! Nak buat camana, dah travel agent ni pandai-pandai bawak kami ke sini...haha. Tak reti sebenarnya Ummi nak shopping di sini sebab nampak apa yang dijual cam sama jer dengan apa yang ada di Terengganu. Yalah, Indonesia ni memang terkenal dengan batiknya. Samalah juga di negeri tempat lahir Ummi, Terengganu. Ada tak ada, belilah juga kain batik pasang sorang satu untuk anak-anak perempuan dan maknya. Tak sampai hati pulak nak keluar tangan kosong. Sempat juga 'berkelahi' dengan tuan kedai sebab harga yang diletakkan dalam Indon lebih mahal dari harga pertukaran ke RM. Nyesallah pulak dah tukar ke duit Indon tadi. Baik belanja dalam RM jer...kiki.

Butik Putri Minang!
Macam kat Terengganu jugak kan? Hihi...
Anak lelaki ambik angin kat luar jer.
Sambil menikmati pandangan Bukit Merapi dari kejauhan.
Nilah dia Bukit Merapi. Kalau aktif ni, keluar larva gunung berapi tu..jangan main-main.
Keluar dari kedai, kami dibawa pula ke tempat pembikinan songket. Kat sini hanya tengok-tengok ajer sambil posing depan sawah padi. Tak minat nak beli sebab kat Terengganupun banyak songket.


Duk termenung apa tu kakak?
Merenung sawah padi yang menghijau.
Atiqahpun suka menikmati keindahan alam.
Keluar dari sini, hari dah agak gelap. Kami terus menuju ke hotel dan singgah di restoran untuk makan malam. Kalau dah balik hotel dulu, penat pulak nanti, kata Mr Eno.

Posing depan restoran.
Makan kat sinipun best.
Restoran Gonrayalamo. Nak sebutpun terkehel lidah..huhu.
Seperti biasa di restoran ini kami dihidangkan dengan nasi padang. Paling best adalah sambal hijau dan desertnya. Siap makan, terus bergerak ke hotel.

Mr Eno tengah buat lawak...hehe. Suka sangat dapat tourist guide cam Mr Eno ni. Bukan saja pandai buat lawak, pengetahuannya tentang sejarah negaranya Indonesia juga cukup hebat!
Di Bukit Tinggi ni, kami menginap di Hotel Royal Denai. Hotel bertaraf 3 bintang. Sangat selesa, Alhamdulillah. Kami dapat 3 bilik. 1 bilik untuk mak ayah, 1 bilik untuk anak-anak perempuan dan 1 bilik lagi untuk anak-anak lelaki. Dah balik hotel, apa lagi, tersadai keletihanlah kami. Sayangnya wifi di bilik tersangatlah slownya. Nak maklum kat Ki yang kami dah selamat sampai Indonpun tak dapat. Terpaksa tunggu esok hari. Mudah-mudahan Ki di Terengganu tak terlalu risaukan kami.

Hari Ke-2 : 

Sebelum bersarapan di hotel, round dulu tengok kawasan. Singgah di ruangan kolam dan posing di sini.

Baca apa tu Angah..hehe..
Kakak dan Aisyah berlatar belakangkan Hotel Royal Denai
2 beradik yang sangat rapat...suka gaduhpun ya..haha...gaduh-gaduh sayang :-D
Angah tak sabar nak terjun kolam sebenarnya ni...
Kakak duk fikir apa pulak?
Budak baru lepas habis UPSR..hehe..dialah yang paling enjoy sebenarnya.
Angah bersama adik bongsunya. Pandai-pandailah teleng kepala nak tengok gambar ni ya..hihi..
Kemudiannya kami bergerak ke ruang makan hotel....

Macam-macam menu tersedia...haa..pilih, pilih, jangan tak pilih.
Menu paling jadi rebutan di sini adalah lontong. Best sangat lontong Indon ni. Baru tahu rasa lontong sebenar.
Nampak cam family kita jer tengah pulun pilih menu..hehe.
Selesai bersarapan, kami dibawa menjamu mata ke kawasan-kawasan menarik di Bukit Tinggi. Sesuai dengan namanya Bukit Tinggi, memang kawasan di sini berbukit-bukau. Jenuh kenderaan kami menaiki bukit untuk ke lokasi yang mana view nya sangat-sangat menarik.

Tak pasti kami berada di ketinggian berapa ratus meter tapi memang tinggi sangat sehingga nampak kampung di bawah bukit nun jauh di sana.
Gambar diambil dari sebuah kedai yang menjual cenderahati.
Aisyah sedang menikmati panorama
Ummi lagi best...menikmati panorama sambil menghirup air halia...hahhhh nyaman rasanya :-D
Cuaca kat sini sejukkkk sangat.
Along pulak bergambar kenangan.
Aisyah tak minum ke?
Abi dengan gaya santainya..hehe.
Atiqah juara tangkap gambar.
Kakak tengok apa tu?
Lama jugaklah kami posing di sini...sampai 2x Ummi masuk tandas, kesejukan...hihi..
Sungguh warna hijau alam ciptaan Allah ini cukup mendamaikan hati
Tak puas-puas Angah menghirup udara nyaman di sini...
Aih...tak gayat ke Atiqah? Ummi tak boleh nak pandang bawah sangat, terasa gayatnya.

Kakakpun sama. Suka sangat tengok view dari sini.
Bergambar lagi sebelum beredar.
Ummi dan anak solehnya, Angah!
Ooo view dari sini dipanggil Panorama Sungai Landia rupanya. Mana tak der sungaipun? Hihi...
Puas menikmati panorama dari ketinggian paling atas, kami mula menuruni bukit melalui kelok 44. Kenapa di panggil kelok? Kerana selekohnya tajam-tajam! Setiap kali kenderaan nak melalui selekoh, kena bunyikan hon dulu. Kalau dah pasti tak ada kenderaan di depan yang nak melalui kelok, baru kenderaan kita boleh melaluinya. Kalau tak, tak lepas. Puas turun bukit, tiba-tiba kami dikejutkan dengan pemandangan tasik yang sangat besar dan cantik di depan mata. MasyaAllah!

Nampak? Indah sungguh pemandangan di sini.
Abipun nak bergambar juga berlatarbelakangkan Tasik Maninjau yang sangat indah.
Gambar dekat rumah minangkabau di tepi Tasik Maninjau.
Satu lagi nampak macam gambar poskad. MasyaAllah, cantik sungguh!
Dari view yang agak jauh
Ambik gambar banyak-banyak Angah. Jangan tak ambik...
Kenangan 1 family..tak tahan pulak nak pandang depan...tengah panas terik walaupun cuacanya sejuk.
Pemandangan tempat penggambaran..hihi..
Nampak jer kami duk posing kat situ, berlumba-lumba pulak datang penjual jalanan di tempat kami.
"Indahnya alam ciptaanMu ya Allah."...agaknya itu yang diperkatakan Along.
Kakakpun nak ambik gambar kenangan jugak.
Oklah..dah puas posing, kita shopping pulak..hihi.
Tak puas rasanya menikmati keindahan panorama di sini tapi kami terpaksa beredar juga untuk lawatan ke rumah Buya Hamka. Rumah Buya Hamka ini terletak di Kg Sungai Batang, tak jauh dari Tasik Maninjau tadi.

Buya Hamka : 17 Feb 1908 - 24 Julai 1981
3 beradik bergambar di sebelah mesin taip Buya Hamka yang digunakan untuk menghasilkan karya-karyanya.
Ada pulak student interview Abi pasal setakat mana pengetahuan Abi tentang Buya Hamka
Round sekeliling rumah Buya Hamka
Angah bergambar ngan penjaga rumah tu. Ada dijual sekali buku sejarah Buya Hamka di situ.
Bilik tidur Buya Hamka
Atiqah pulak nak posing
InsyaAllah Angah nantipun nak jadi ulamak macam Buya Hamka
Antara karya Buya Hamka
Banyak sangat koleksi bukunya tersimpan di sini
Hmmm...muhasabah diri : kita sendiri sebuah bukupun belum terhasil
Ummi dikelilingi karya-karya Buya Hamka

Sebelum balik, bergambar dengan anak saudara Buya Hamka (di sebelah Abi)
Di luar rumah Buya Hamka
Demikian berakhirnya lawatan di rumah Buya Hamka. Sesi petangnya pula adalah sesi shopping! Kami kemudiannya meneruskan perjalanan...

Sesak betul jalanraya di pekan ni.

Ada pasartani rupanya..
Alhamdulillah dah sampai Restoran Simpang Raya.
Enak banget makan di Indon ni. Kalau lama di sini, boleh naik berat badan woo...
Tapi tak derlah pulak nampak penduduknya gemuk-gemuk..hehe...agaknya pelancong ajer yang dijamu sebegini.
Selesai makan dan solat, kami dihantar ke pasar atas. Bergambar berlatarbelakangkan jam gadang.
Along di hadapan jam gadang.
Inilah dia pasar atas. Pelancong seringkali di bawa ke sini utk shopping kerana harga di sini murah walaupun beli dalam kuantiti yang sedikit. Kalau nak beli borong barulah molek ke pasar kuning, kata Mr Eno.
Walaupun pakaian yang dijual sama jer cam Terengganu kiter tapi dah masuk kedai rambang mata juga dibuatnya..hihi.
Siap shopping, masih ada banyak masa lagi sebelum Mr Eno sampai. Kitaorangpun apa lagi, jom berkereta kuda! Hihi...
Ummi, Along, Angah dan kakak dalam satu kereta kuda.
Abi, Aisyah dan Atiqah dalam kereta kuda yang lain.
Haha...seronok Angah kat depan. Kita kat belakang tunggang-terbalik..hihi.
Enjoy sokmo anak dara sorang ni..haha...Along yang kelam kabut kawal kedudukan bimbang jatuh tu.
Ummipun tengah kontrol macho...haha....padahal rasa cam nak jatuh jer.
Kuda Abi sedang mengejar kuda Ummi

Akhirnya, kereta kuda Abi dah potong jauh kereta kuda Ummi! Huhu...
Walaupun dapat berkereta kuda hanya sekitar 20 minit tapi puas hati.
Kuda Ummi nipun nak posing..hehe.
Posing dengan kereta kuda Abi pulak.
Abipun nak posing jugak dengan kereta kuda dia..hehe..
Jam 4.30pm, kami dah balik hotel. Ingatkan nak main kolam di hotel pulak, tengok-tengok diwajibkan pakai baju renang. Tak jadilah. Lepak kat hotel jer sementara tunggu Mr Eno datang ambik untuk makan malam pulak.

Wuhuu...berayam penyet kita malam ni..
First time rasa ayam penyet terus rasa ayam penyet asli. Sedapppp tak terkata. Alhamdulillah...
Hari Ke-3 :

Hari ini kami di Lobang Jepang (Terowong Jepun)! Tak retilah pulak Ummi nak cerita sejarah pasal Terowong Jepun ni. Tengok gambar jerlah kita yek...


 




 
 






Yang Ummi ingat, inilah dia pintu di mana mayat-mayat di tolak melalui sini terus ke sungai. Sengaja ia di buat dinding dan ditinggalkan lubang kecil sahaja untuk keselamatan pelancong.
Akhirnya sampai juga ke pintu keluar Lobang Jepang.
Keluar dari Lobang Jepang, kami dibawa shopping ke kedai makanan tradisional Indonesia pula.

Sakan anak dara ni pilih kerepek...hehe...
Yang di belakang Ummi dan kakak tu kenalan baru kami dari Sabah. Pengurus salah sebuah travel agent di Sabah.
Kemudiannya kami dibawa pula ke tempat pemprosesan kopi dan pisang salai. Kat sini kami disediakan bahan-bahan untuk membancuh kopi dalam tempurung! Hei..best jugak minum kopi dalam tempurung. Kopi ni pulak bukan sebarang kopi. Ia dipanggil teh daun sebenarnya kerana pembuatannya bukan menggunakan biji kopi tapi daun kopi yang direndam. Dapat pulak hidangan pisang salai free!

Best!!! Hidangan tradisional pisang salai bersama teh daun dalam tempurung.
Ni tempat pisang salai yang dah siap ditabur bijan.
Ummi minum dalam tempurung, Abi minum dalam teko..hihi.
Akhirnya kami di bawa melawat ke Istana Pagaruyung!

Pemandangan dari jauh...
Setibanya di atas Atiqah terus diapit oleh badut-badut yang sedia menunggu
Habis anak dara Ummi diapit. Rupa-rupanya selepas kitaorang beredar menuju ke istana, badut-badut ni mula kejar kita orang untuk dapatkan tips (duit)...ayoyo..tak tau pulak..huhu.
Suasana dalam istana
Tengah duk meeting bincang nak sewa baju ke tidak..haha..
Aih...ingatkan Along Angah bergambar dengan orang hidup tadi..
Pengiran jawa tengah bersemayam..hehe..
Set perempuan sibuk sewa baju...haha..kakak sedang dipersiapkan.
Kenapa Aisyah? Geli ke?
Wahhh...nampak macam siap nak kahwin jer anak Ummi..hihi..
Tu dia..hiasan kepala dah mula dipasang.
Dah nak siap dah kakak.
Akirnya Atiqah dulu yang siap dengan pakaian warna kegemarannya, kuning!
Aisyah tak habis-habis tersenyum..
Puteri kecil Ummi!
Bergaya sat di pelamin bilik bawah istana
Ada gaya puteri minang ni.
Giliran adik bongsu pula diapit.
Puteri-puteri di tingkap istana.
Jauh merenung...
Puteri bongsu...
Puteri sulong...
Puteri tengah...
Lagi di pelamin istana
Ada gaya puteri-puteri minang jugak ni.
Haha...posing sakan.
Aisyah dah longgarkan ikatan baju. Ketat sangat katanya.
Habis semua pelamin puteri-puteri ni posing.
Teruknya gaya putera minang! Haha...kacau daun sungguh.
Pemandangan dari atas istana
Ada jugak pelancong yang baik hati tolong potretkan kami.

Bergambar satu family di hadapan istana pagaruyung!
3 Puteri di hadapan istana pagaruyung.
Dah puas posing di Istana Pagaruyung, kami menuju ke kenderaan yang sedang menunggu. Terjumpa pulak kedai cenderahati. Berkenanlah pulak anak-anak bujang ni dengan topi jawa yang dijual di situ..hihi. Dah memang anak jawapun...

Menyibuk jer Angah..haha..
Memang jowo sungguhlah anak sulung ni.
Haa..2 beradik jawa.
Amacam?
Yang ni dah tinggal bapaknya aja yang jowo..hihi..
Jenuh Mr Eno duk menunggu kitaorang bergambar. Kami kemudiannya di bawa menghala ke restoran pula untuk makan dan solat sekali di sana.

Asyikkkk...3 hari kat sini terasa macam tak berhenti makan.
Mr Eno kata, "siapa nak tengok ikan makan berdiri?" Punyalah excited kitaorg...semua pakat bangun tengok. Rupanya Mr Eno dah kenakan kita...maksudnya kitaorglah yang berdiri sambil tengok ikan makan..hahaha...
Alamak! Mr Owl ni tak nak pandang Angahlah..hehe..
Peace...tak apalah Mr Owl tak nak pandang kamerapun.
Siap makan, selisih pula dengan pekerja restoran yang tengah nak hidang lauk. Haa ngko...tengoklah banyak mana pinggan lauk sekali bawak...hihi..
Berkenan pulak Abi dengan parang/keris yang dijual di situ.
Selesai makan dan solat, kami menuju ke rumah minangkabau yang tak sempat kami lawati pada hari pertama.

Inilah pemandangan di dalam rumah minangkabau. Antara tiang dan tiang terdapat sebuah bilik.
Pada tiang ini juga terdapat ukiran berbentuk kucing yang membawa maksud tertentu.
Kami diberi taklimat mengenat adat minangkabau.
Seronok pulak dengar kakak ni cakap dengan slang minang.
Kecik banget biliknya.
3 anak dara di anjung.
Along terpaksa sengetkan badan untuk nampak lurus dengan tingkap. Yang sebenarnya tingkap ni sengaja dibina senget untuk hadapi gempabumi katanya.
Ni rumah penyimpanan beras.
Anak-anak bergambar di hadapan rumah minang
Bilalah agaknya boleh ke sini lagi ya?
Perjalanan ke Padang diteruskan melalui Kg Pariangan. Hari ini kami berpindah ke hotel di Padang pula. Di Padang, kami ditempatkan di Hotel Grand Zuri. Sebelum sampai hotel, Mr Eno bawa kami ke restoran terakhir di sepanjang percutian ini. Sedih pulak rasa...

Sampai ke restoran ni dah masuk waktu maghrib.
Hidangan nasi padang terakhir sebelum kami balik esok pagi. Kali ni ada lauk ikan bakar, sotong bakar bagai. Best!
Berselera Abi makan sambil dihiburkan oleh penyanyi jalanan.
Hari Ke-4 :

Tak ada aktiviti dah hari ni. Tinggal nak bertolak balik jer. Lepas sarapan di hotel, kami tunggu Mr Eno datang ambik pada jam 10.00 pagi.

Lamalah pulak tunggu kaunter buka. Apalagi, terus lepak kat simen...haha. Selamba jer...
Alhamdulillah...sekian lama menunggu akhirnya dapat juga masuk ke perut kapal terbang. Sempat juga solat jamak zohor-asar dulu lepas check in tadi.
Alhamdulillah dah sampai KLIA2. Jenuh pulak berjalan keluar untuk check in ke KT pulak.
Ni dah check in untuk penerbangan KL-K.Trg. Panik jugak tadi bila tetiba Abi perasan beg galasnya tertinggal. Jenuh pusing balik. Alhamdulillah jumpa kat kaunter masuk tempat mula-mula cek baggage tadi.
Selamat Tinggal Padang-Bukit Tinggi! Ada rezeki InsyaAllah anak-anak boleh datang lagi ke sana. Ummi Abi tak dahlah kot. Ada peluang, nak tengok bumi Allah yang lain pula...hehe.
Demikianlah berakhirnya percutian kami di Padang-Bukit Tinggi, Indonesia. Tahun 2015 percutian di Mesir. 2016 - di Padang-Bukit Tinggi, Indonesia. 2017? Tak tahulah lagi kat mana rezekinya. InsyaAllah kita cuba cari masa berkumpul semua ahli keluarga pulak nanti. Mudah-mudahan, percutian yang penuh bermanfaat bersama anak-anak ini dapat dijadikan rutin tahunan kami dalam usaha untuk mengeratkan kasih sayang dan seterusnya menimba ilmu dan mengambil ibrah dalam perjalanan. Doakan Ummi Abi dimurahkan rezeki yang barakah...

Article 1

$
0
0
Assalamualaikum.

19 Jan 2016 - Atiqah balik kampung lagi hari ni. Amboi! Acap bebenar sekolah kasi balik...hihi. Alhamdulillah. Terimakasih buat pihak pengurusan Smaasza yang membenarkan anak-anak Tingkatan 1 balik lagi minggu ni. Dapat jugak bantu anak-anak ubati homesick. Atiqah memang happy sangatlah haa...

Tu haa...tersenyum bahagia..hihi..
Seperti biasa, lepas ambik Atiqah singgah klinik dulu untuk kerja sesi petang. Kakaknya dah siap bawak baju baru untuk Atiqah tukar di klinik. Di Smaasza rupanya tak boleh pakai jubah. Hanya baju kurung yang dibenarkan. Tak taulah kenapa. Mungkin agaknya jubah zaman moden ni seksi dan seksa sangat. Ni yang Ummi orderkan online baju kurung untuk Atiqah.

Alhamdulillah...ngam dengan Atiqah.
Rutin biasa jugak, habis klinik singgah makan di Restoran Biku-Biku! Kat sini memang best masakan westernnya. Harganya pun tak mahal. Boleh pilih nak saiz kecik ke besar. Tu yang suka sangat datang sini.

Sementara menunggu hidangan sampai, kakak hafaz qur'an dulu. Alhamdulillah...

Atiqahpun sama...sedang bertasmi' dengan Abinya.
Alhamdulillah...mudah-mudahan kita semua jadi insan yang sentiasa mencintai ayat-ayat Allah. Dalam masa cuti 2 hari ni nampak sangat Atiqah dah tak sedih macam mula-mula masuk asrama. Dah boleh adaptpun dengan kehidupan di asrama. Lega sangat Ummi rasa. Atiqahpun bersemangat menghafaz di rumah.

Nak sangat tengok anak-anak Ummi jadi insan yang faqeh dalam agama. Smaasza - Di sini lahirnya ulama' dan umara'!
Hari Sabtu - masanya untuk hantar Atiqah balik ke asrama. Tenang jer Atiqah kali ni. Alhamdulillah. Tak sedih lagi dah. Agaknya bila kat sekolah dah mula banyak aktiviti, anak-anakpun dah mula dapat melupakan rasa sedih tu. Jadi nasihat Ummi pada mak ayah yang hadapi masalah anak-anak homesick ni, bersabarlah. Jangan dilayan kehendak anak nak bertukar ke sekolah harian. InsyaAllah masa yang berlalu akan mengubat segala-galanya. Nak kena sabar jer dulu.

Atiqah bergambar bersama Huda. Huda nipun ada ura-ura nak tukar sekolah jugak sebab homesick. Harap sangat Huda dapat bertahan.

Bagus konsep asrama dalam taman ni. InsyaAllah nanti Atiqahpun akan menghayati falsafah ini - asramaku, rumahku, syurgaku...

Alalala...sian Abi kena tunggu kat luar sorang-sorang. Abi tak boleh masuk ke asrama puteri.
Kali ni kitaorang dapat tinggalkan Atiqah tanpa rasa terkilan sebab Atiqah dah balik kepada sifat asalnya - happy go lucky! Mabruk Atiqah....cam tu lah anak Ummi.

24 Jan 2017 - Buat lawatan mengejut ke Smaasza. Bukan hari lawatanpun tapi urgently nak kena ambik IC Atiqah untuk permohonan hadiah anugerah kecemerlangan 6A UPSR 2016. Ada ke patut JPN singkirkan anak-anak cemerlang dari sekolah swasta untuk terima anugerah tu Khamis ni. Tak pasal-pasal anak-anak dari sekolah swasta nak kena buat surat untuk terima hadiah kecemerlangan tu. Terasa sangat di anaktirikan walhal anak-anak sekolah swasta ni turut menyumbang kepada kecemerlangan negeri. Aduhai negeriku...malulah kalau benda-benda ginipun nak dipolitikkan.


Ummi sempat beli roti dan kek jer habis klinik tadi untuk Atiqah.

Sebelum balik, bergambar dulu depan bunting - Yes! Kita kena jadi orang yang BERANI, JUJUR & HEBAT!

Bye bye Ummi, bye bye Abi...hahaha...kakak rindukan saat-saat dia lambai Ummi Abi setiap kali hantar dia ke asrama...Tu numpang Atiqah bye bye :-D
Bye bye Atiqah...Jadi anak soleh yang cemerlang dunia dan akhirat ya. Ummi Abi sentiasa mendoakan anak- anak. InsyaAllah faqeh belaka anak-anak Ummi Abi dalam agama. Moga kelak jadi orang yang bermanfaat bagi orang lain kerana itulah sebaik-baik manusia.

Diriwayatkan dari Jabir berkata, "Rasulullah SAW bersabda ; "Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia." (HR Thabrani dan Daruquthni)

Bercuti Di Port Dickson!

$
0
0
Assalamualaikum.

29 Januari 2017 - Sempena cuti sekolah Raya Cina seminggu, Ummi Abi ambil kesempatan bawa anak-anak ke Port Dickson untuk hilangkan stress belajar. Kali ini Ummi Abi hanya bersama anak-anak perempuan ajerlah. Along tak cuti lama dan Angah pulak dah di Mesir.

Lebihkurang jam 7.00 pagi kami bertolak. Singgah sarapan di Ajil dulu. Kali ni pilih jalan lama sebab nak kena isi minyak dulu. Lepas Ajil nanti baru masuk lebuhraya.

Restoran Aisya. Semua pakat makan mee goreng jer kat sini. Boleh tahan juga rasanya.
Selesai sarapan, sambung perjalanan melalui lebuhraya. Sampai Genting Sempah dah tengahari. Singgah lunch pula di RR Genting Sempah. Masa di Temerloh tadi berhenti urus diri jer. Masih kenyang lagi nak lunch.

Masing-masing ambik lauk ikut selera sendiri, senang. Atiqah paling kesian. Kepedasan kena dengan sambal dan sayur pedas rebung.

Abi tak der geng..hehe. Set pompuan semua duk 1 meja.
Siap makan, terus ke surau yang disediakan di situ. Selesa sangat solat kat Hentian Genting Sempah ni. Suraunya luas dan disediakan tempat wudhuk sekali. Cuma tandasnya aja yang satu. Terpaksa bergilir.

Dah siap solat. Ketara betul ketinggian adik bongsu ni..huhu.
Sambung perjalanan lagi. Abi sorang jerlah driver kali ni. Kalau ada Along boleh jugak bergilir. Ummi memang tak beranilah kalau dah masuk KL ni.

Dah sampai terowong.
Jam 4.30 petang, kami sampai Port Dickson. Agak kelewatan sikit sebab follow waze yang bawak kami keluar dari lebuhraya. Jauh pulak ikut jalan kampung.

Nampak! Dah sampai Grand Lexis, hotel sewaan kami.

Mula-mula silap masuk ke Lexis. Kata pengawal kat situ, Lexis tak der kolam. Grand Lexis ada kolam. Ooo...baru tahu.
Sebenarnya sewa Grand Lexis ni memang agak mahal. Tapi memikirkan keselesaan anak-anak dan kemudahan menjaga aurat kena berkorbanlah sikit. Kat Grand Lexis ni ada disediakan indoor pool. Tak perlu lagi bercampur gaul dengan bukan mahram untuk berenang.

Di lobi hotel! Maskot Maharaja Cina, Superman dan Batman sedia menunggu. Kalau anak-anak masih kecik ni, mesti excited.

Untuk ke bilik hotel, kami dibawa menaiki buggy. Jauh juga jarak bilik dengan lobi rupanya.
Haha..excited naik buggy

Barang-barang penuh kat belakang
Laju semacam pulak pemandu ni bawak.

Cantik pemandangan sepanjang perjalanan ke bilik ni.
Akhirnya sampai di bilik kami!
Dah sampai bilik, bukak pintu jer, terus nampak ruangan kolam di depan (kelabulah pulak gambar ni). Excited habis anak-anak tengok ada kolam persendirian dalam bilik.

2 katil Queen...sedang eloklah untuk kami berlima.

Ni ruangan sisi kolam. Kalau bukak tingkap tu terus boleh terjun kolam..hehe.
Ruangan dapur. Ada disediakan cerek elektrik dan microwave.
Sinki luar bilik mandi

Bilik mandi aka shower

Tandaspun tangkap gambar jugak..haha

Dan paling best...indoor pool!

Kakak dah siap dengan pakaian renang. Kakaklah paling semangat nak berenang sesampainya di bilik hotel.

Dah masuk dalam airpun dua beradik kakak dan Aisyah.
 Malamnya, kami keluar selepas maghrib untuk dinner. Jumpa restoran melayu tak jauh dari hotel.

Best pulak masakannya. Licin you...
Selesai aktiviti hari pertama kami di Port Dickson.

Esoknya (30 Januari) - Pagi-pagi lagi keluar cari sarapan.

Bergambar depan bilik dulu. Bilik 2052!
Kami bersarapan di warung sebelah hotel. Pekena roti canai dan bawa balik nasi lemak bungkus untuk makan tengahari di hotel. Sekali time nak bayar, baru tahu sebungkus nasi lemak harga RM5.00! Mencengkik betul. Apa nak buat. Dah belipun. Cadangnya lepas ni nak pulun main kolam jer kat bilik. Malas dah nak keluar. Sebelum tu jejalan dulu di sekitar PD.

Dah jalan-jalan, tak tau pulak nak ke mana. Nampak ada signboard Muzium Lukut, hentam jerlah gi muzium...hihi. Entah buka entah tidak hari cuti ni. Nasib baik nampak ada pengunjung tengah turun tangga. Muzium ni kedudukannya atas bukit.

Bergambar depan meriam.

Nun jauh di atas bukit sana terletaknya muzium.

Sengih jer Abi tengok anak-anak perempuan dia excited main buai.

Kebetulan tak der pengunjung lain kat situ, sakanlah anak-anak dara ni main..hehe.

Berangan jadi anak kecik...kikiki...

Abi dengan kameranya...
Seronok habis dapat conquer padang permainan..hihi..

Teringat zaman anak-anak masih kecil, hampir setiap minggu gi cari taman permainan.

Lepak kat bangsal pulak.

Uik...sempat lagi Abi selfie.
Oleh kerana lokasi muzium nak kena naik atas bukit lagi, terus tak jadi Ummi nak pergi. Bimbang sakit lutut..hihi. Kita main playground jerlah ya anak-anak. Dah puas main, jalan-jalan lagi. Kali ni menuju ke pantai pulak. Pasang waze, alahai...rupanya dia bawak pergi pantai belakang hotel jer...hehe.

Menikmati keindahan pantai...

Nun jauh di sana nampak hotel sewaan kami.

Cantik jugak pantai PD ni.

Posing lagi...

Time ni tak ramai orang kat pantai sebab masih panas.

Kakak posing berlatar belakangkan hotel Grand Lexis

Nilah orangnya yang tangkap gambar kakak...

Tak lama sangat kat pantai sebab Atiqah nak PU...hehe. Abi cakap kita gi cari toilet kat Pasaraya Tesco jerlah. So dah sampai Tesco, terus tuju toilet dulu. Then baru round cari barang. Kakak ngidam nak makan coklat pulak. Alahai, macam jalan-jalan kat Langkawi jer pulak gi cari coklat.

Dah jumpa coklat, terjumpa alat senaman pulak. Masing-masing nak uji kekuatan tangan dengan spring keras ni...hoho..mana boleh lawan Abi.

Rehat jap kat kerusi urut. Tak masukkan duitpun..hihi.

Oleh kerana kerusi tu dah bunyikan warning sebab tak masukkan duit, maka bangunlah Ummi dari perehatan...hihi...
 Tak beli banyakpun kat Tesco. Kejap jer round, kamipun beredar pulang ke hotel.

Ni ruangan berkaca kat lantai hotel. Sampai sudah Ummi tak berani pijak kaca ni..hihi. Yalah, Ummi sorang jer yang tak pandai berenang dalam keluarga. Dibuatnya pecah cermin ni, nayaaa...


Ni time air tengah surut. Dah nampak pepasir pantainya.
Anak-anak nak tunggu Asar baru nak berenang. Abi pulak yang semangat berenang sorang-sorang balik dari jejalan. Meh kita tengok aksi Abi terjun kolam...hehe.

Aksi 1

Aksi 2

Aksi 3

Aksi 4. Hahaha...rajinlah Aisyah tangkap gambar Abi dengan pelbagai aksi.
 Siap Abi berenang, kami lunch nasi lemak sama-sama di bilik hotel.

Nilah dia nasi lemak Rm5 tadi..hihi. Pedasnya boleh tahan jugak.
Lepas Asar anak-anak pulak pulun berenang. Ummi tumpang sekaki. Berendam jerlah Ummi jawabnya dah tak pandai berenang. Nasib baik ada pelampung. Malamnya kami tak keluar dinner. Habis tu dinner apa? Dinner maggie jer kat bilik. Hihi. Sesekali makan maggie dah semua malas nak keluar.

Hari akhir di PD, 31 Januari 2017 - Sekali lagi sarapan dengan maggie sebab anak-anak nak pulun main air dulu sebelum balik. Hmmm...tak perlah. Kasi can. Main air sampai kecutlah jawabnya lepas tu.

Ni dah ready nak balik. Bye bye kolam...

Ada rezeki nanti kita datang lagi InsyaAllah. Bawak Along dan Angah sekali kalau diizinkan.

Ni tengah tunggu Abi ambik kereta.

Nilah dia rupa buggy yang kami naik setiap kali nak ke bilik hotel.
Kena beratur ikut giliran dulu sebelum naik buggy

Lagi gambar buggy

Bye bye Grand Lexis...
 Perjalanan balik dimulai dengan doa perjalanan...semoga selamat dan dipermudahkan segalanya.

Berhenti solat di Hentian RR Temerloh.
Demikianlah berakhirnya percutian kami di Grand Lexis, Port Dickson. Komen anak-anak - memang best main air kat indoor pool ni. Diaorangpun dah lama tak main air selepas kolam di rumah dilupuskan. Hihi..kesian anak-anak. Tak perlah sekali sekala Ummi Abi bawak main air kat hotel yang ada indoor pool. Yang penting, aurat terjaga.

Buat pengakhirannya, ni ada sedikit rakaman video Abi berenang. Jom tengok!


"The greatest gift you can give someone is your TIME. Because when you dedicate your time, you are offering a part of your life that you will never get back"

"Bagi seorang anak, kasih sayang bukan ditunjukkan dengan kemewahan tetapi masa yang diluangkan bersama mereka."

TAHNIAH Anak-Anak Solehah Ummi!

$
0
0
Assalamualaikum.

Malam tadi Ummi terima panggilan dari Atiqah yang berada di Smaasza.

"Ummi apa khabar?"
"Alhamdulillah sihat. Atiqah? Ada apa-apa berita dari sana ke?"
"Alhamdulillah. Ummi, Atiqah dah dapat nombor periksa."
"Ya ke? Atiqah dapat no berapa?"
"Acu ummi teka."
"Alaaa...tak pandai Ummi teka. Kakak, cuba kakak teka Atiqah no berapa." Sambil Ummi menekan 'loud speaker' pada butang telefon. Kebetulan kakak ada di sebelah Ummi.
"No 3!" Kata kakak.
"Salah! Hehe..." kata Atiqah.
"Kalau gitu Ummi teka no 1 lah...hihi."
"Betul Ummi!" Kata Atiqah.
"Hah??!! Betul ke Atiqah no 1?" Serentak Ummi dan kakak bertanya kerana terkejut.
"Betullah tu Ummi...hihi. Alhamdulillah Atiqah dapat no 1 dalam kelas dan dalam tingkatan."
"Alhamdulillah...ya Allah... Tahniah, Tahniah Atiqah!"

Demikianlah perbualan Ummi, Atiqah dan kakak malam tadi. Syukur ya Allah atas kurniaan kejayaan cemerlang atas anak-anakku sejak dulu.

Baru-baru ni, kakak Aisyah juga dinobatkan pelajar terbaik dalam peperiksaan TOV Tingkatan 3 di Imtiaz Kemaman dengan merangkul bilangan A yang paling banyak. Selepas daripada itu, kakak (Amirah) pula dikurniakan kejayaan 10A dalam SPM. Allah...Fa-biayyi alaa'i Rabbikuma tukadzdziban (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)

TAHNIAH anak-anak Ummi! Juga TAHNIAH buat Along dan Angah yang juga tidak pernah menghampakan Ummi dan Abi.

Cedoklah ilmu sebanyak mungkin. Tidak ada harta yang lebih berguna selain daripada ilmu. Ilmu pedoman hidup. Ilmu jugalah jambatan yang membawa kita ke syurga Allah.

Atiqah Maisarah...si bongsu solehah Ummi..moga dirimu terus cemerlang...

Suasana di temu murni semasa pengumuman Aisyah Farihah pelajar terbaik TOV Imtiaz Kemaman

Aisyah memang pemalu...susah nak bergambar. Terus cemerlang hendaknya nanti anak solehah Ummi!

Kakak selepas turun dari pentas...Alhamdulillah..moga nanti kakak di tempatkan di universiti dan kursus yang terbaik untuk dunia dan akhirat kakak...

Kawan Sejati Atiqah

$
0
0

Assalamualaikum.

Testing pos gambar Atiqah bersama kawan sejatinya dunia dan akhirat InsyaAllah, Hanin dan Abby 😍

Sanah Helwah Angah!

$
0
0

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 15 April 2018 genap umur Angah 21 tahun. Umur yang dibenarkan untuk mengundi. Sayangnya tak sempat Angah nak mendaftar sebagai pengundi tahun ni. Pendaftaran dah ditutup. Tarikh mengundipun dah diumumkan. Tunggu 5 tahun lagilah jawabnya baru Angah boleh mengundi...huhu.

Sanah Helwah Angah! Dah besar anak Ummi yang dulu lahir tak cukup bulan. Detik2 cemas melahirkan Angah secara pembedahan dan saat diuji dalam tempoh berpantang kerana perlu berulang-alik ke hospital hantar susu di sepanjang Angah dirawat dalam NICU masih lagi terbayang di mata. 69 hari Angah di NICU diiringi dakapan, doa dan pengharapan dari seorang ibu. Alhamdulillah akhirnya Angah dibenarkan balik. Siapapun tak berani nak pegang Angah masa tu kecuali Ummi dan abi dek kerana kecilnya Angah. Berat lahir 1.25 kg, berat masa dibenarkan balik 1.8 kg. Allahu...

Sungguh, menyaksikan Angah membesar dalam jagaan Ummi dan Abi adalah saat-saat yang sangat membahagiakan...

Ya Allah, aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha kepada anakku, Anas dengan redha yang sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepadanya demi redhaku kepadanya.

Terimakasih Angah kerana selalu berusaha menjaga hati Ummi dan Abi sebaik-baiknya. Jazakallahu khairan kathira. Semoga kelak kita sekeluarga dapat berhimpun di Syurga Firdaus tanpa hisab dengan rahmatNya.

Amiin ya Allah. Aamiin ya Rabbal'alamin.

Viewing all 52 articles
Browse latest View live